Kaji semula kaedah ukur kemiskinan di Sabah – Salleh

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah seharusnya mengkaji semula cara pengukuran kemiskinan di negeri ini kerana kaedah sedia ada tidak mencerminkan realiti sebenar kesusahan rakyat negeri ini, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Pengiraan kemiskinan tidak seharusnya hanya berdasarkan angka. Ia perlu mengambil kira kos sara hidup sebenar di Sabah, akses kepada kemudahan asas, dan realiti kehidupan masyarakat peribumi, terutamanya di kawasan pedalaman,” kata ADUN Usukan itu semasa perbahasan di Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.

“Ada keluarga yang mungkin secara statistik berada di atas garis kemiskinan, namun masih hidup tanpa air bersih, elektrik, atau peluang ekonomi,” katanya.

Salleh mencadangkan agar pendekatan yang lebih menyeluruh digunakan, seperti indeks kemiskinan pelbagai dimensi, yang disesuaikan dengan keadaan setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *