PAS terus komited hadapi PRN Sabah

PAPAR: “PAS terus komited bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,” kata Pengarah Urusan (Hal Ehwal Sabah) Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Raimin Mustafa.

Beliau menyingkap sejarah perkembangan Islam di Sabah dan menyampaikan resolusi bagi menghadapi PRN kelak.

“Agama Islam telah sampai ke Sabah sejak berkurun lama, bahkan daerah-daerah di pantai barat antara yang terawal menerimanya menerusi Kesultanan Brunei,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Papar di Dewan SRITI An Nawawi, di sini, kelmarin.

Menurutnya, sebagai ahli parti yang membawa agenda Islam, perlu terus melakukan gerak kerja dan menyantuni masyarakat menerusi institusi yang ada di Papar tidak mengira musim.

“Mengambil ibrah daripada sirah Rasulullah SAW bagaimana tentera dengan jumlah yang kecil dapat melawan musuh yang jauh lebih ramai, PAS Papar perlu teruskan kerja dakwah dan tidak mustahil boleh menang di Sabah,” ujarnya.

Tambahnya, program yang mempertemukan saf kepimpinan PAS Papar itu menjadi simbol kekuatan dan penyatuan gerak kerja parti di peringkat akar umbi.

Beliau turut dilancarkan tabung pilihan raya bagi menghadapi PRN kelak. – HARAKAHDAILY 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *