PBS kekal bersama GRS, tolak kerjasama dengan BN

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menegaskan akan kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN).

Parti itu juga mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah).

Namun demikian PBS mengambil ketetapan menolak kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya berkenaan.

Menurut Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, keputusan-keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (AMT) PBS diadakan di Ibu Pejabat PBS di sini, kelmarin.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Penasihat Utamanya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

“Pendirian kami jelas. PBS akan terus berkerjasama dalam gabungan GRS, kami komited dengan kerjasama politik ini menjelang PRN.

“PBS turut menegaskan komitmen untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama bersama Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah), rakan komponen GRS yang diketuai Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan,” katanya.

Joachim berkata, beliau percaya bahawa perpaduan dalam kalangan parti berteraskan tempatan amat penting bagi menjamin kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan di Sabah.

Walau bagaimanapun katanya majoriti ahli majlis tertinggi parti itu menolak kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN17 akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *