KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Namun, BN akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding 14 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya negeri 2020. Enam daripada 14 kerusi itu kemudiannya hilang akibat lompat parti.
“Saya akan umumkan jumlah kerusi selepas ia dimuktamadkan. Kerusi tambahan itu akan merupakan kerusi baharu. Namun, kita yakin kebanyakannya akan memihak kepada BN,” katanya atanya kepada media selepas melancarkan Skuad Sukarelawan BN Sabah, di sini, semalam.
Ahmad Zahid juga berkata UMNO dan BN telah mengenal pasti jumlah kerusi yang dianggap sesuai berdasarkan tahap kebolehmenangan parti.
BN juga akan bekerjasama dengan “kuasa ketiga” di Sabah bagi memastikan pengundi di kerusi yang ditandingi berpihak kepada calon BN. Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan parti mana yang termasuk dalam “kuasa ketiga” itu.
Apabila ditanya mengenai rundingan kerusi dengan Pakatan Harapan, Zahid berkata keputusan muktamad mengenai agihan kerusi hanya akan dibuat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi mengelakkan pertembungan.
